Gotong Royong Bersama Komuniti Kampung

31 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Ogos 2019 telah berlangsung gotong royang membersihkan kawasan kampung dan taman di RPA Tambun Tulang Perlis bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Gotong royong ini diadakan bagi membersihkan kawasan sekeliling kampung. Kebaikan dari aktiviti yang dijalankan dari gotong royong ini ialah dapat membersihkan kawasan sekeliling dan mengeratkan silaturahim antara staf Pusat Internet dan Komuniti kampung.

Seramai hampir 7 orang yang terlibat dalam menjayakan gotong royong tersebut. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali